Sirr An
Nurr
Aura 1377 Rawatan Thabiyyah & Illahiyah
RAWATAN THABIYYAH & ILLAHIYAH
Thabiyyah bermaksud penggunaan ramuan seperti herba, aroma, dan bahan-bahan semulajadi yang lain; dan kaedah seperti mandian aura, mandian tuju, urutan, jabat dan jurus batin; dan juga proses scan secara jurus untuk mengesan kehadiran saka/makhluk halus dan bisa gangguan.
Illahiyah bermaksud menggunakan doa dan ruqyah, meminta hanya bantuan Allah kerana “SESUNGGUHNYA PENAWAR ITU RAHMAT ALLAH”
Gabungan Thabiyyah & Illahiyah juga bermaksud pendekatan secara holistic iaitu rawatan yang dibuat merangkumi “body, mind & soul”
Rawatan di buat ke atas semua penyakit-penyakit fizikal kecuali penyakit buah pinggang; dan penyakit-penyakit kerohanian seperti gangguan saka, makhluk halus dan sihir.
Selain itu, perkhidmatan rawatan juga ditawarkan untuk:
- Menambah atau memulih aura diri terutama bagi sesiapa yang merasa jiwanya kosong dan resah gelisah.
- Mengawal gangguan nafsu.
- Memenuhi hajat-hajat peribadi seperti lewat jodoh, tiada zuriat dll
- Pelaris dan pemagar.
- Menjadi lelaki istimewa.
- Menjadi wanita istimewa.
- Buang Angin Badan
PROSES RAWATAN
- Semua pesakit yang datang untuk rawatan di tempat saya terlebih dahulu akan diproses supaya mempunyai ketenangan diri dan kelembutan jiwa. Ketenangan diri penting kerana diri yang tidak tenang umpama pelabuhan yang bergelora. Kapal tidak mudah berlabuh di pelabuhan yang bergelora; oleh itu diri perlu ditenangkan terlebih dahulu agar mudah kapal yang membawa rahmat dan rezeki dapat berlabuh. Jiwa yang keras tidak mudah menerima tunjuk ajar; jadi bagaimana rawatan dapat dibuat dengan sempurna. Kerjasama antara yang memberi dan menerima rawatan perlu ada, barulah boleh lancar proses rawatan. Bagaimanakah caranya untuk mempunyai ketenangan diri dan kelembutan jiwa? Datanglah berjumpa saya, InsyaAllah, ketenangan dan kelembutan ini boleh dirasai sendiri, asalkan niatnya kerana Allah pasti akan saya tunjukkan.
- Setelah pesakit merasa tenang dan dalam keadaan ‘relaxing mood’, barulah langkah rawatan seterusnya akan diambil. Langkah-langkah ini tidak sama untuk semua pesakit tetapi akan dibuat mengikut keperluan seseorang pesakit.
- Dengan hanya sekali bayaran, pesakit-pesakit masalah kerohanian akan diselia sehingga selesai masalah gangguan. Pesakit-pesakit juga akan diajar method DIY bagi menghadapi dan mengatasi sekiranya timbul masalah gangguan yang tidak dijangka.
- Proses rawatan yang sebenar akan diberitahu sekiranya datang berjumpa saya.
"Penawar Itu Rahmat Allah"
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ
لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya :
“ Dan kami turunkan Al-Quran itu penawar bagi penyakit dan
Al-Quran itu merupakan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan tidaklah Allah
menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian “ (Al-Isra:82)
Surah Yunus Ayat 57
THABIYYAH & ILLAHIYAH
Kejadian alam ini pada keseluruhanya adalah untuk dimanfaati oleh manusia bukan saja sebagai makanan dan minuman tetapi juga untuk perubatan. Madu,pokok-pokok, akar kayu, bunga-bungaan dan lain-lain adalah amat berguna sekali untuk dijadikan ubat-ubatan. Kami di Sirr An Nurr mengambil pendekatan yang komprehensif serta memanfaatkan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini dengan formulasi terhebat meruqyahkan zikir-zikir serta doa yang menjadi amalan perawat-perawat islam tersohor didunia untuk merawat berbagai penyakit fizikal/medik. rawatan bersepadu THABIYYAH & ILLAHIYAH. Ini selari dengan apa yang dianjurkan Rasulullah SAW agar menggunakan 2 kaedah dalam perubatan sebagaimana sabdanya :
"Hendaklah kamu menggunakan 2 penawar yakni madu dan al-quran " HR Ibn Majah.
Selain dari itu Rasulullah SAW juga pernah menggunakan air dan garam dalam
rawatan gigitan kala jengking.
Semuga kehadiran kami kedunia Perubatan Tradisional Islam ini dapat
memeriahkan lagi persada Perubatan Tradisional Islam dan seterusnya
mengagungkan kebesaran Al-Quran itu sendiri.
Sesungguhnya jika Al-Quran itu diturunkan keatas bukit nescaya bukit akan hancur kerana tunduk pada kebesaran Allah SWT Penciptanya yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa dan apabila diturunkan kepada orang sakit dengan izinNya sakit itu akan sembuh.
Sesungguhnya jika Al-Quran itu diturunkan keatas bukit nescaya bukit akan hancur kerana tunduk pada kebesaran Allah SWT Penciptanya yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa dan apabila diturunkan kepada orang sakit dengan izinNya sakit itu akan sembuh.
SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA
Soalan: Masih ada ke gangguan halus/saka dalam zaman ni? (nota: soalan ini biasanya ditanya olah mereka yang kononnya berfikiran moden dan ada kelayakan akademik)
Jawapan: Dalam surah An Nas dan surah al Falaq, ada dinyatakan tentang gangguan jin dan sihir. Al Qur’an adalah petunjuk sepanjang zaman yang tidak boleh dipertikaikan kebenarannya. Dan banyak kes-kes penyakit misteri di mana tidak ada penjelasan klinikal tentang puncanya.
An- Nas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada
(Allah)
Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
Surah an-Nas merupakan antara ayat quran yg lazim membasahi bibir pemuda muslim. Ayatnya pendek, ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.
Al- Falaq
[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah)
Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
Soalan: Saya dah buang saka tetapi masih ada gangguan, kenapa?
Jawapan: Saka mungkin telah dibuang tetapi bisa-bisanya masih ada dalam badan. Saka perlu di buang bersama bisa-bisanya sekali. Dalam Rawatan Sirr An Nurr kita Ada mengunakan Herba2 yang dirumus khas untuk merawat bisa2 yang berada didalam badan . Anda semua boleh pergi ke halaman produk saya http://sirrannurr.blogspot.com/
Soalan: Pendamping saya berjubah dan berserban, boleh ke saya menyimpannya?
Jawapan: Kita adalah umat Nabi Muhamad saw. Kita berguru dengan orang yang zahir. Kita tidak tahu pegangan pendamping, jin kafir pun bolah membacakan ayat-ayat Qur’an. Jalan yang selamat ialah jangan berdamping dengan makhluk halus.
Soalan-soalan lain, antaranya :
- Bagaimana nak tahu samada kita ada saka atau gangguan?
- Apakah tanda kita bebas dari gangguan saka/makhluk halus?
- Kenapa kita kena buang saka, mungkin ada saka yang baik dan boleh memberi faedah?
- Apakah kesannya kepada kita jika saka tidak dibuang?
- Dari mana datangnya saka? Dan banyak lagi soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya.
- Perubahan sikap yang ketara, terutama jika selalu menunjukkan sifat panas baran yang melampau dan bersifat lembut pulak pada kala yang lain.
- Sakit-sakit saraf yang tidak mudah baik; terutamanya di bahu, pinggang dan kaki. Rasa sakit pula selalu dirasai di waktu senja dan tengah malam.
- Mudah lupa, darah gemuruh dan hati sentiasa was-was.
- Selalu gagal dalam hubungan termasuk hubungan suami isteri. Jika ada hubungan pun mudah bertengkar dan berkelahi hatta dalam hal-hal yang kecil.
- Tidak menjadi dalam hal pekerjaan atau usaha-usaha sentiasa menemui kegagalan. Selalu malas dan mudah patah semangat atau cepat berputus asa.
- Mengidapi penyakit misteri yang tidak dapat dikesan puncanya secara klinikal.
- Hysteria atau dirasuk.
- Kerap mimpi yang bukan-bukan dan menakutkan; misalnya mimpikan ular dll
- Jantung berdegup kencang secara tiba-tiba dan tanpa sebab yang munasabah. Biasanya berlaku bila berada di sesuatu tempat.
- Telinga Berdesing macam bunyi cengkerik
“Bagaimanakah saya ingin tahu bahawa saya telah mengalami gangguan? Apakah simptom atau tanda-tandanya?
Gangguan Fizikal
Pesakit pernah mendapatkan rawatan doktor tetapi
gangguan dirasakan masih ada. Antara gangguan itu adalah:
- Merasa pening pada sebahagian ataupun seluruh kepala dan kadang-kadang sakit terasa sampai ke mata dan leher merasa berat atau kaku.
- Merasa panas ataupun berat pada bahagian-bahagian sendi badan.
- Dada sesak ataupun dada rasa panas.
- Sakit di perut ataupun bahagian ulu hati.
- Gangguan di sekitar rahim (rasa panas, keras ataupun seperti dibelit sesuatu).
- susah mendapatkan keturunan.
- Gangguan di sekitar pinggang ataupun buah pinggang.
- Pandangan kabur.
- Berdengkur dengan kuat semasa tidur.
- Gigi bergeselan.
- Memilki kemampuan atau kekuatan fizikal di luar kemampuan manusia.
Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:
Ø
Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta
selalu terjaga
Ø
Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
Ø
Bermimpi melihat berbagai jenis binatang seperti
kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
Ø
Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
Ø
Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
Ø
Terasa panas badan terutama di bahagian belakang
Ø
Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut,
badan terasa lesu dan malas
Ø
Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang
munasabah
Ø
Selalu sakit kepala
Ø
Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
Ø
Sakit di bahagian bawah tulang kipas dan bawah
punggung
Gangguan Fikiran Atau Jiwa
- Mudah dan sering marah, tersinggung ataupun ingin mengamuk.
- Kerap bingung.
- Susah beri tumpuan.
- Sering rasa ditindih sesuatu yang berat semasa tidur.
- Takut, resah, gelisah dan sedih tanpa sebab.
- Susah tidur ataupun terlampau banyak tidur.
- Malas melakukan ibadah.
- Sering berprasangka buruk dan was-was.
- Sering merendah-rendahkan orang lain sama ada melalui perbuatan atapun perkataan.
- Merasa ada bisik-bisikan dalam hati ataupun telinga.
- Pernah ataupun sering mendengar bunyi bergolek atau berlanggar di atap ataupun di sekitar rumah, khususnya pada waktu malam.
- Sering dapat menduga peristiwa yang akan terjadi.
- Dapat melihat makhluk ataupun benda yang umumnya tidak dapat dilihat oleh orang lain.
- Resah ataupun takut apabila mendengar cerita berkenaan ruqyah syar’iyah.
Gangguan Pada Aktiviti Harian
- Rezeki atau mata pencarian seperti dihalang oleh sesuatu atau sering gagal dalam usaha mencari nafkah.
- Jodoh seperti dihalang.
- dijauhi dan dibenci rakan-rakan.
Pengaruh pada barang atau benda serta rumah
- Sering mengalami kerosakan harta benda.
- Terasa seperti ada gangguan di rumah.
- Rumah sering dimasuki tikus, ular, lipan, kala jengking dan binatang-binatang pelik lain.
Semua jenis gangguan ini berasal daripada
usaha syaitan bagi mengganggu dan menghalang produktiviti hidup manusia sebagai
hamba dan khalifah Allah, menjatuhkan martabat manusianya dan melemahkan iman
seseorang. Harapan syaitan adalah supaya manusia semakin terperangkap dalam
pengaruh kekuasaannya.
Semasa mengalami gangguan itu, syaitan
seolah-olah menyediakan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah itu. Apabila
diamati dan diperhatikan secara ikhlas dan tawaduk, ternyata semuanya
menggunakan cara yang dilarang oleh Islam kerana mengandungi syirik. Jika kita
terpengaruh dan mengikuti cara yang dilarang, maka kita akan semakin terjerumus
dalam melakukan maksiat dan syirik yang dilarang oleh Allah s.w.t.
Contoh paling mudah adalah seseorang pergi
berjumpa dukun atau bomoh bagi meminta supaya diramal jodoh ataupun
perniagaannya lancar, memiliki karisma yang bagus di hadapan orang lain lain
ataupun sekadar bertanya berkenaan barang miliknya yang hilang.
Jika hidup kita dipenuhi dengan perkara-perkara
yang dilrang Allah, ia semakin mudah mempermainkan, menyakiti dan mengalahkan
kita. Akhirnya syaitan dengan mudah mengajak kita menyatakan kekufuran pada
saat akhir sakaratul maut.
Tanda-Tanda Sihir
Tanda-tanda sihir pemisah (memisahkan seseorang individu dengan individu lain)
Ø
Terdapat perubahan tabiat/perangai secara
tiba-tiba
Ø
Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau
rakan
Ø
Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan
misalnya nampak suami atau isteri begitu buruk dan hodoh
Ø
Masing-masing suka menegakkan benang basah dan
tidak mahu mengalah
ü
Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak
kepada seseorang
ü
Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau
individu secara berlebihan
ü
Kuat berkhayal tentang adegan seks
ü
Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan
seks
Ø
Cakap merapu
Ø
Fikiran bingung
Ø
Sentiasa resah gelisah
Ø
Tidak menjaga kebersihan diri
Ø
Gemar bersendirian
Ø
Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
Ø
Tidak ada kekuatan fizikal dan mental
Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit.
Testimonial
“Isteri saya dah pergi Mekah, rajin sembahyang dan tiap-tiap hari baca Qur’an, macam mana dia boleh kena gangguan halus?” , tanya Haji H kepada saya setelah saya selesai membuat rawatan ke atas isterinya, Hajjah M.Saya diam sebentar, mencari kata-kata yang sesuai untuk memberi penjelasan kepada Haji H. Hajjah M mengalami masalah saraf, dia merasa sakit yang amat sangat di bahagian bahu, pinggang , lutut dan betis. Dah bertahun-tahun dia mengalaminya.
Haji M dan isterinya serta seorang anaknya merenung wajah saya menunggu jawapan.
“Beginilah Tuan Haji, Pn Hajjah. Jika daun bergoyang, maknanya ada angin yang bertiup sedangkan kita tidak nampak angin tersebut. Pn Hajjah sendiri sudah pergi jumpa ramai pakar perubatan tetapi belum sembuh, dan pakar-pakar tersebut pulak tidak sependapat mengenai punca penyakit. Tetapi hari ini, selepas saya mandikan Hajjah dengan ‘mandian aura dan mandian tuju’, kemudian saya buat urutan dan jabat jurus, guna pulak aroma dan minum air herba, Hajjah sendiri yang beritahu dia rasa dah hilang sakitnya. Sebenarnya mandian tadi membasuh dan membuang gangguan saka pada diri Hajjah. Sakit Hajjah berpunca dari gangguan saka, jadi bila saka dah tiada, punca sakitnya juga dah tidak ada.”
Sambungku lagi,” Junjungan besar kita, Nabi Muhamad Rasulullah juga pernah terkena sihir. Jadi siapa-siapa pun boleh terkena gangguan halus ni. Yang kita namakan gangguan termasuklah saka, pendamping, makhluk halus dan sihir”
Seterusnya saya menerangkan bahawa al Qur’an ialah manual kehidupan kita. Ianya memerlukan proses pembacaan dan amalan perbuatan, barulah ianya akan memberi kesan maksimun. Sebagai perbandingan, setiap kereta ada manualnya; jika tayar pecah, kalau setakat membaca tentang tayar dalam manual tersebut tetapi tidak ada perbuatan menukar tayar maka masalah tayar pecah tadi tidak akan selesai. Samalah dalam hal membaca Qur’an, ianya bukan setakat dibaca, tetapi perlu diteruskan dengan perbuatan, dan perbuatan pulak ada lagi tertibnya dan juga keikhlasan hati.
Haji H dan ahli-ahli keluarganya menggangguk kepada penjelasan saya, mungkin tanda setuju atau faham, atau juga sebaliknya.
“Tetapi Tuan Haji, Pn Hajjah ni kena datang lagi untuk rawatan susulan. Sessi pertama ni, saya memadamkan api yang sedang terbakar dahulu supaya Hajjah merasa tenang dan selesa. Bila dah tenang, dah tak rasa sakit, mudah sikit kita buat rawatan seterusnya supaya Hajjah pulih sepenuhnya”
Kisah di atas hanya salah satu cerita yang saya alami dengan orang-orang yang datang ke pusat rawatan. Banyak pengalaman yang saya kutip dalam membuat rawatan , antaranya:
- Seorang guru perempuan yang sudah terlantar di hospital selama 15 hari, tidak boleh berjalan atau duduk, hanya berbaring. Doktor-doktor pakar masih mencari punca penyakit. Alhamdulillah, setelah mendapat rawatan thabiyyah dan illahiyah yang saya berikan, atas keizinan Allah Yang Maha Penyayang, dia telah boleh berjalan dan bekerja semula. Penyakitnya berpunca dari gangguan, tidak dapat dikesan dalam perubatan yang diamalkan di hospital.
- Di Sabah, seorang anak gadis berusia 13 tahun tidak mahu ke sekolah dan bersifat degil serta melawan. Rupanya anak yatim piatu ini tinggal dengan neneknya dan neneknya apabila saya ‘scan’ ada gangguan. Setelah neneknya dirawat dan diputuskan punca ganggguannya, masalah anak gadis ini dengan sendirinya selesai.
- Seorang mekanik usia awal 30an, sejak umur 21 tahun didampingi oleh 7 jin pendamping. Dia suka mengurung diri dalam bilik dan bercakap serta gelak seorang (sebenarnya dia bersembang dengan jin). Prestasi kerja merosot dan kehidupan sosial terbatas kerana tidak suka bergaul dengan orang . Selepas mendapatkan rawatan saya, dia telah berubah sepenuhnya dan mengakui bahawa kehidupannya kini lebih tenang dan seronok.
- Seorang guru berumur 44 tahun telah diikuti saka sejak umur belasan tahun lagi. Saka ini telah bersarang dalam tubuhnya. Sebelum mendapat rawatan, guru ini tersangatlah garang dan sentiasa mudah naik marah walaupun atas perkara kecil. Dia juga seorang yang suka berleter dan leterannya akan berlarutan sehigga dia merasa letih. Akibatnya beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang dan sentiasa mengalami sakit kepala. Yang tidak difahami, ada kalanya sikap guru ini terlalu baik dan sangat penyayang orangnya. Rupanya, apabila dipengaruhi oleh sakanya, guru tersebut bersikap negative, dan apabila sakanya tidur barulah menampakkan sifat sebenar diri guru tersebut. Sekarang ini, setelah mendapat rawatan saya, dan atas niat ikhlasnya membuat rawatan kerana Allah, guru tersebut telah jauh berubah dan merasai ketenangan yang belum pernah beliau rasai selama ini. Sakit kepala dan sakit-sakit badan telah hilang.
- Saya Pegawai Eksekutif salah sebuah Syarikat komunikasi di malaysia. Berumur 35 Tahun Sudah berkawin dan mempunyai 2 orang anak. Pada umur saya awal 20 an saya berasa badan saya banyak angin dalam badan dan sentiasa sakit badan yang berlarutan hingga 2 ke 3 hari setiap bulan saya demam dan badan saya sentiasa panas.Bermula pada 2008 selapas saya mendirikan rumah tangga pada 9 march dan mendapat cahaya mata yang pertama pada 14 Dec 2008 anak perempuan. Perkara ini belaku di hospital Ampang Puteri. pada malam pertama emak mentua saya yang menjaga anak saya. Anak saya pada malam pertama itu taida masalah. Apabila malam kedua giliran saya untuk menjaga anak saya dan isteri pada malam itu bermula pada 12:00pm anak saya tak tidur pada malam itu dia menangis hingga ke pagi. Apabila saya dapati anak saya akan menangis apabila saya jumpanya atau saya akan berjumpnya dia akan gelisah. Setelah itu saya mencari ustaz untuk membantu saya. Setelah banyak tempat menyatakan saya ada pendamping atau Saka. Saya beriktiar dengan mencari orang yang dapat membantu saya. Satu malam ada seorang kawan saya datang dari ipoh dengan sahabat karibnya datang berjumpa ingin mengajak saya sama2 join membuat satu perniagaan. Saya berkata kepada sekarang saya semakin teruk dan tidak mahu lagi berniaga pada ketika itu pinggang saya semakin sakit bagaikan di tumbuk-tumbuk. Dan saya beritahu kepadanya saya mencari orang yang dapat membantu untuk rawat diri saya dan saya melihat kawan senyum bersama kawannya itu. Dia berkata sebenarnya dia sekarang membuat perawatan Islam mengunakan kaedah Thabiyyah & Hillahiyah. Dan Saya cakap kepada boleh bantu saya? Dia orang cakap boleh. Saya pun bawa mereka berdua kerumah jam pada masa itu puku 12:00 tengah malam. Mereka memberi tahu Rawatan Melalui Mandian. Saya cuma sediakan Garam Kasar Sahaja Selepas Mandian dilakukan perasaan Tenang dan Rasakan Pinggang saya yang sakit tadi Hilang dengan serta- merta. Alhamdullilah Selepas saya mendapat rawatan itu saya rasa tiada halangan lagi untuk saya berkerja dan kehidupan kami sekeluarga semakin tenang dan aman Saya tiada masalah lagi Dimana Anak2 saya tiada masalah lagi untuk berjumpa saya. Sudah Ramai rakan saya yang mengelami masalah seperti saya saya Syorkan kepadanya. Sekian Wassalam




No comments:
Post a Comment